Tentang kami

Pengalaman Kami

Lendela merupakan sebahagian daripada Zentro Finmarket - kumpulan fintech global yang telah melancarkan produki di Amerika Selatan di bawah nama syarikat FinanZero.com.br dan Prestalo di Sepanyol.

Lendela mempunyai pengalaman lebih dari sedekad dalam mengoptimumkan platform kewangan untuk semua pengguna kami. Dengan sistem yang kami sediakan, kami berjaya memproses lebih daripada 600,000 permohonan pinjaman di Brazil. Menjadikan kami teraju di bidang pinjaman di sana.

Dilancarkan pada tahun 2018, matlamat Lendela ialah untuk membawa ilham Nordic- UX bersama dengan pakar dari tempatan ke negara-negara Asia Tenggara. Bermula di Singapura, kami telah meluaskan operasi kami ke serata Asia termasuk Hong Kong, Malaysia dan juga Thailand.

Sejarah Scandinavian Kami

Nima Karimi berasal dari Sweden, merupakan pengasas bersama dan COO Lendela. Dari pengetahuan tentang kewangan dan teknologi insurans, beliau mempunyai lebih dari 10 tahun pengalaman dan ingin memberikan tumpuan kepada pasaran kewangan pengguna dari rantau Scandinavia ke negara-negara Asia Tenggara.

Sangat arif dalam dunia teknologi kewangan, beliau juga bekerjasama dengan Lendo dan Zmarta,iaitu dua syarikat di Sweden yang juga menawarkan perkhidmatan pembiayaan pengguna.

Syarikat kami percaya kepada inovasi dan merevolusi kan proses pinjaman pengguna, di samping itu, kami juga telah membantu menghubungkan lebih satu juta pelanggan kepada lebih 20 bank di rantau Scandinavia.

Antara bank-bank ternama dan institusi kewangan yang telah bekerjasama dengan kami ialah SEB Bank- perbankan borong dari Sweden, yang telah memenuhi keperluan pinjaman 7.3 juta individual dan 600,000 pelanggan korporat dan Santander - sebuah kumpulan kewangan yang besar yang menawarkan pinjaman kepada individu ,pinjaman kereta dan jenis pinjaman yang lain.

Keunikan Flatform Fintech Kami

Kami memahami betapa susahnya bagi setiap pengguna untuk mendapatkan tawaran pinjaman. Setiap pengguna inginkan proses pinjaman yang mudah, dan teratur sepanjang proses permohonan.

Di Lendela, kami ingin membuat hidup anda lebih mudah dengan teknologi. Samada anda perlukan pinjaman untuk pembiayaan rumah baru, kereta atau bantuan kewangan, platform kami memberikan anda peluang untuk mendapatkan pinjaman yang terbaik dan unik sesuai dengan kehendak pinjaman anda.

System kami direka khas untuk memenuhi kehendak semua pelanggan kami.

Beritahu berapa yang anda perlukan dan tempoh bayar semula pinjaman kepada kami.

Selepas kami menerima maklumat berkaitan mengenai anda, seterusnya melayakkan anda memilih kadar terbaik daripada peminjam secara terus hanya secara online terus dari rumah secara tidak langsung menjimatkan duit dan masa.

Kami ingin membuatkan proses permohonan mudah bagi anda. Platform unik kami akan membantu anda dari mula sehingga anda mendapat apa yang anda mahu.

Kami Telus Dalam Menyediakan Maklumat

Apakah yang mempengaruhi anda dalam membuat sesuatu keputusan? Apakah perkara yang paling penting bagi anda dalam memilih sesuatu pinjaman? Di Lendela, kami telus dalam memberikan segala maklumat seperti menyenarai kan senarai potensi peminjam yang sesuai dengan profil anda. Kami berjanji menawarkan anda pinjaman dengan kadar faedah yang baik.

Keperluan anda adalah keutamaan kami. Kami akan bantu menyatukan hutang-hutang anda atau membantu merealisasikan impian anda untuk mereka bentuk rumah idaman. Dari hal-hal kecemasan, perkahwinan, membuat bayaran deposit rumah ke percutian,kami akan membantu anda.

Apabila memohon pinjaman, kami percaya informasi terperinci perlu diberitahu kepada pelanggan-pelanggan kami. Anda patut tahu segala maklumat mengenai peminjam, tanpa perlu mengisi berhelai-helai borang pinjaman dan tidak pasti lagi samada permohonan anda lulus atau tidak.

Kami berusaha untuk memastikan tiada halangan di dalam perkhidmatan perbankan tradisional. Kami percaya inovasi kepada perkhidmatan yang cepat dan mudah untuk kedua-dua peminjam dan pemohon di serata Asia Tenggara adalah penting.

Maklumat adalah sangat penting bagi kedua-dua peminjam dan pemohon, oleh itu perbandingan pinjaman adalah salah satu daripada kepakaran kami.

Kami percaya Asia Tenggara akan mendapat banyak manfaat daripada model Nordic kami. Di Lendela, kepuasan setiap pelanggan adalah keutamaan kami.