Bagaimanakah kami berbeza dari yang lain?

Lendela membawa model broker pinjaman Scandinavia ke Asia Tenggara, yang membolehkan pemohon membandingkan tawaran supaya boleh membuat pilihan yang terbaik, dengan hanya satu permohonan secara atas talian. Model ini berfungsi dengan borang permohonan kami yang ringkas dan senang, serta algoritma unik kami yang membantu kami untuk memadankan tawaran yang sesuai dengan pemohon.

Jadi, bagaimanakah laman web kami berfungsi dan bagaimanakah kami berbeza dengan laman web lain yang juga boleh membandingkan pinjaman peribadi? Pendek kata, kami telah meringkaskan semua kelebihan Lendela dalam beberapa kategori utama seperti berikut:

Proses Permohonan

Melalui platform unik Fintech dari Lendela, pengguna diperkenalkan dengan slaid grafik dan pengguna diminta mengisi jumlah pinjaman dan tempoh bayar semula yang diingini.

Langkah seterusnya, pemohon diminta untuk memasukkan maklumat peribadi. Maklumat yang diberikan akan disimpan dengan baik.

Kemudian, Lendela akan meminta setiap pemohon untuk memberikan yang lebih terperinci seperti nama, tarikh lahir,nombor untuk dihubungi, pendapatan dan maklumat berkaitan permohonan pinjaman, taraf pendidikan, kerakyatan, alamat, komitmen kewangan dan maklumat pekerjaan.

Penilaian Permohonan

Setiap maklumat dimasukkan dalam bentuk dinamik dan disesuaikan dengan maklumat yang telah diberikan pemohon.

Semakan kelayakan permohonan dilakukan dengan menggunakan algoritma pembelajaran mesin, dengan solusi inovatif bagi menentukan jumlah kredit seterusnya memadankan pemohon dengan peminjam (bank) yang sesuai.

Jumlah pinjaman yang dicadangkan kepada pemohon

Pihak Lendela akan menghubungi pemohon dalam masa 72 jam untuk menawarkan pinjaman yang terbaik untuk anda. Mereka juga akan memberitahu jumlah pinjaman maksima yang layak anda terima.

Kualiti Pinjaman Yang Ditawarkan

Selepas menghantar butiran yang diperlukan, Lendela akan memberikan senarai pinjaman peribadi terbaik yang disusun mengikut saranan mereka iaitu jumlah bayaran bulanan, kadar faedah dan jumlah pinjaman.

Khidmat pelanggan dan proses kelulusan pinjaman

Pihak Lendela juga akan membantu pemohon sepanjang proses termasuk memilih pinjaman yang terbaik, dokumen yang diperlukan dan maklumat mengenai kelulusan permohonan.

Kesemua proses permohonan dilakukan secara atas talian, dengan cepat dan mudah. Mohon sekarang!